CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 4, 2009

Indahnya Ukhuwah... (^^,)

Subhanallah.....

Suka sangat tengok video ni....

Berulang-ulang kali saya tengok. =)



Thursday, April 23, 2009

~al-Quran ku sayang~

Ta'aruf al-Quran
Nama : Al Quranul Karim

Bil ayat : 6236 ayat

tempoh turun : 22 tahun 2 bulan dan 22 hari (ajaib kan)

ayat 1 turun : Iqra' (17 Ramadhan)

ayat akhir turun : al baqarah 281

jumlah juzu' : 30 juzu'

jumlah surah : 114 surah

surah terpanjang : Al Baqarah (286 ayat)

surah terpendek : Al kauthar (3 ayat)-----ni la yg selalu di baca dalam solat kan?haa...betul la tuuu...

Uniknya al-Quran.. (^^,)

1) perkataan dunia & akhirat diulangi sama banyak :115 kali

2) perkataan solihat & sayyi'at (baik & buruk), diulang sama banyak iaitu : 168 kali

3) perkataan syaitan & Malaikat diulangi sama banyak iaitu 88 kali

4) perkataan kufr & iman diulangi sama banyak iaitu : 17 kali

5) perkataan Mauta & Hayaat (hidup dan mati) diulangi sama banyak iaitu 145 kali setiap satu

6) perkataan sab'a samaawaat (7 lapis langit) diulang 7kali

7) perkataan faedah & kerugian diulang sama banyak : 50 kali

8) hari (YAUM) diulang sebanyak 365 kali (sama jumlahnya dgn jumlah hari dalam setahun)

9) perkataan hari-hari (AYYAAM) diulang sebnayk 30 kali ( sama jumlahnya dengan 30 hari sebulan)

10) perkataan bulan (Syahr) diulangi secara tepat sebanyak 12kali (sama dengan 12 bulan setahun)

11) perkataan Bahrun (lautan) diulang 3kali ganda lebih banyak dr perkataan Barrun (daratan)

Subhanallah.. kagumnya aku pada Allah..

Monday, March 30, 2009

suka dipuji..


Di saat duji dengan pujian..
Beristighfarlah..
Jiwa yang ikhlas itu..
Tidak mudah goyah dek pujian..
Tidak mudah rebah dek cacian..
Puji dan caci sama sahaja..
Tidak terkesan di hati..
Kerana dia yakin..
Yang hebat itu bukan dirinya..
Tetapi Allah lah yang Maha Hebat..
Dan manusia itu fitrahnya lemah..
Namun mampu menjadi mulia..
Dengan Iman dan Islam..


Perginya seorang ayahanda..



Rasanya, baru semalam mendengar allahyarham Prof. Ghazali Sulaiman menitipkan mutiara2 berharga.. Masih segar di ingatan aku tatkala berjumpa dengannya atas urusan persatuan.. Semuanya mempunyai nilai yang sangat berharga. Perancangan untuk sama2 ke jogjakarta bulan 5 ini, nampaknya tidak kesampaian.. Moga roh mu duhai ayahanda tercinta, ditempatkan bersama-sama para syuhada dan terhindar dari azab Allah.. al-Fatihah.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tuesday, March 24, 2009

Kisah Luqman al-Hakim dan keldainya

Gambar sekadar hiasan

Pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor Keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata,


"Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki Keldainya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."


Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari Keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas Keldai itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula,


"Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki Keldai itu."


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang Keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi,


"Lihat dua orang itu menunggang seekor Keldai, alangkah siksanya Keldai itu membawa beban yang berganda."


Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari Keldai itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,


"Ada Keldai tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,


"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,


"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Saturday, March 21, 2009

Wan Amirul Harraz..

Assalamu'alaikum buat semua tetamu Sutera Kasih.. terima kasih atas kunjungan anda semua..
wan amirul harraz terpaksa ditahan dalam wad selama 6 hari untuk diberi antibiotik akibat jangkitan kuman di paru-paru... stat hari jumaat, 20 Mac 2009. Moga segalanya selamat. Tak sempat nak main ngan harraz. Sempat main kejap je time 3 pagi masa mula2 sampai.. pastu esok pagi tu dah kena tahan kat dalam wad.. nasib baik la tadi dapat jugak main ngan harraz kat hospital.. nampak happy go lucky ja harraz ni.. nurse pun pelik, biasanya baby kalau bagi pakai bende kat atas tu menangis, tapi harraz gelak pulak.. eleh harraz, nak ngorat nurse la tu.. ok la sayang.. kak miya dah nak balik UiTM esok. nanti lagi 3 minggu ka, kak miya balik umah lagi.. huhu, tak dapat kak miya nak rasa masakan mama kali ni.. xpa2. (^^,) cepat sembuh ye sayang..

Wednesday, March 18, 2009

Balik rumah.. (^_^)v









Nak balik esok!! gambar atas: danial, balqis, sufie n harraz yang menghiburkan hati.. Tapi kadang2 pening kepala jugak dengan depa ni.. loyar buruk!
Buat nora n natasha yang cun lagi baik hati, jangan dok nak melawa ja..
Hm, dah lama tak jumpa kakak.. Adib sihat?
Pada mama ngan abah, tq becoz mama ngan abah sangat baik n penyayang. Tq sebab selalu bawak kami gi makan, jalan2 gi tasik taiping, main kat taman mainan n bawak kami gi bercuti bila ada duit lebih.. teringat masa dok kat kelantan dulu.. semua pantai kat kelantan kita dah pernah gi. huhu. tq. =)